Penyata Imbangan The Fed Menjadi Perhatian Pasaran Global

84

Adalah masuk akal The Federal Reserve mula untuk mengurangkan $4.5 trillion penyata imbangannya (balance sheet) sehingga akhir tahun ini sejajar dengan kenaikan kadar faedah, kata Presiden Fed John William pada Khamis.

“Adalah relevan untuk mengambil langkah seterusnya dari segi memulakan proses normalisasi dalam penyata imbangan (balance sheet),” kata beliau.

“Pada pendapat saya ia boleh dijalankan sehingga hujung tahun ini dengan andaian kemajuan ekonomi ketika ini.”

Beliau bercakap kepada wartawan dalam majlis yang berlangsung di Frankfurt, Jerman.

The Fed mempunyai lambakan lebih dari $4 trillion aset kewangan dalam penyata imbangan mereka disebabkan krisis kewangan global sejak 2008. Pembelian bon adalah satu cara untuk memasukkan wang yang baru dicetak ke dalam kitaran sistem kewangan, yang dipanggil sebagai ‘Quantitative easing‘, QE.

Pembelian bon ini menolak kadar faedah jangka panjang ke bawah untuk memulihkan semula ekonomi. Namun, ketika ini The Fed mahu menghentikan rangsangan ini berikutan ekonomi yang semakin baik.

Pegangan bon ini boleh dikurangkan secara berperingkat dengan membiarkan bon tersebut mencapai tempoh matangnya. Pengetatan polisi monetari dengan mengurangkan rangsangan boleh menyebabkan kadar faedah jangka panjang yang lebih tinggi.

Minit mesyuarat The Fed menunjukkan ahli FOMC membincangkan proses ini lebih awal daripada jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat