Penyusutan Harga Minyak Pacu USD/CAD Kembali Melonjak

335

Harga minyak mentah yang memapar kesuraman setelah mencapai paras tertinggi telah mengakibatkan dolar Kanada sedikit merundum dan kemudiannya memberi peluang untuk matawang USD mengukuh.

Para pelabur dijangka sedang menantikan penerbitan laporan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada sesi New York (Rabu) bagi melihat arah yang lebih jelas mengenai pelaksanaan langkah ‘tapering’.

Aspek tersebut juga secara tidak langsung akan menjadi faktor utama untuk memperlihatkan BOC mengambil langkah dalam melaksanakan pengetatan dasar polisi di kala tekanan inflasi yang kian meningkat.

Meneliti kepada carta pergerakan matawang USD/CAD, trend pergerakan harga dilihat menyaksikan percubaan dalam menguji zon sokongan 1.23000 sebelum ‘ditendang’ semula untuk kembali mencanak.

Peningkatan yang dipertonjolkan turut telah mencatat kenaikan sehingga menguji zon SBR (support become resistance) 1.24000 dan memberi bayangan seperti sedang membuat corak ‘rising wedge’.

Aksi lonjakan harga itu juga tampaknya telah meningkat melebihi 100 pips dan masih lagi didagangkan dan bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) jika disaksikan pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya trend bearish harga kembali dipertampilkan, pergerakan harga berkemungkinan akan kembali menyusut untuk sekali lagi mencecah zon sokongan 1.23000 sebelum jangkaan untuk susut lebih parah.

Penurunan yang lebih rendah menembusi zon sokongan tersebut dijangka bakal merekodkan paras terendah yang terbaharu bagi 4 bulan pada 1.22000 yang terakhir kali dicapai pada sesi dagangan Jun.

Manakala jika harga berjaya melepasi zon SBR 1.24000 itu, momentum lonjakan yang lebih agresif untuk isyarat awal meneruskan trend bullish bakal melihat harga mencapai zon SBR seterusnya pada 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat