Penyusutan Matawang US Dolar Bakal Dorong Kenaikan Lebih Tinggi Dagangan EUR/USD

346

Dagangan pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD telah mempamerkan corak kenaikan harga sejak penghujung minggu lalu.

Selepas data PMI pembuatan dan perkhidamatan Eropah diterbitkan pada Jumaat, sesi pasaran Eropah semalam menyaksikan data tinjauan Ifo perniagaan di Jerman mencatatkan bacaan positif.

Namun, dolar Euro gagal menunjukkan kenaikan harga sejurus data diterbitkan dengan harga kekal bergerak perlahan pada carta EUR/USD pada sesi Eropah.

Namun kenaikan harga mula dipamerkan memasuki sesi pasaran New York dengan lonjakan harga berjaya mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu.

Kenaikan harga pada carta EUR/USD turut disokong oleh penyusutan dagangan US dolar ekoran terdapat jangkaan bahawa bank pusat Federal Reserve bakal menurunkan kadar faedah sebanyak 2 kali pada tahun ini bermula mesyuarat dasar monetari pada Jun.

Kenaikan harga semalam mencatatkan sekitar 70 pips lebih tinggi selepas melonjak dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga. Namun harga sedikit menurun pada dagangan penghujung sesi.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras ketinggian semalam dan pelabur menantikan reaksi harga pada sesi Eropah.

US dolar bakal dipacu oleh data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti.

Jika data diterbitkan lemah dan US dolar terus diniagakan susut, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi melepasi paras 1.08800.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon SBR (support become resistance) pada sekitar 1.09400.

Namun jika US dolar kembali mengukuh semula, harga bakal ditekan semula ke paras lebih rendah dan bakal menembusi paras sokongan MA50 dan juga paras penting 1.08300.

Penurunan yang diteruskan akan menuju semula zon support sekitar 1.07800 yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat