Penyusutan Nilai Dolar AS Dorong Kenaikan Harga Pada EUR/USD Awal Minggu

333

Kelemahan dagangan nilai matawang dolar Amerika Syarikat telah mendorong pengukuhan bagi dolar Euro sejak minggu lalu.

Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China masih dipantau pasaran dan tidak mengejutkan jika terdapat sebarang laporan berhubung masalah rundingan tersebut. Justeru pelabur kekal berwaspada.

Pada minggu ini, kedua-dua minit mesyuarat yang akan diterbitkan oleh Federal Reserve (Fed) serta European Central Bank (ECB) bakal mempengaruhi pergerakan pada dagangan dolar USD dan Euro. Butiran lengkap pada minit mesyuarat akan diteliti bagi mendapatkan petunjuk dasar polisi selanjutnya.

Dilihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga yang bergerak mendatar pada zon support di bawah paras 1.10000 minggu lalu telah membuat kenaikan pada dagangan penghujung minggu.

Kenaikan ketara dilihat pada Jumaat dengan pergerakan harga yang berada lebih tinggi dari garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi petunjuk kecenderungan kenaikan harga.

Sebelum sesi pasaran New York pada Jumaat ditutup, harga merekodkan paras tertinggi mingguan dengan kenaikan sekitar 70 pips dari paras terendah minggu lalu.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga meneruskan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 1.10600 dengan pergerakan harga yang perlahan.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi melepasi zon SBR tersebut, harga mampu mencapai paras ketinggian sehingga zon SBR seterusnya di sekitar 1.11300.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon resistance penting di bawah paras 1.11800. Paras tersebut gagal ditembusi harga ketika dicapai pada penghujung dagangan Oktober dan awal November.

Namun jika harga kembali menunjukkan penurunan, harga akan dilihat cuba melepasi garisan sokongan MA50 dan jika berjaya turun lebih rendah, zon support di bawah paras 1.10000 akan menjadi destinasi penurunan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat