Penyusutan Sektor Pembuatan Amerika Syarikat Kembali Melemahkan Sentimen

353

Matawang dolar Amerika jatuh ke paras terendah dua minggu selepas indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat (ISM) mencatatkan penyusutan bagi empat bulan berturut-turut pada November, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kejatuhan AS ke lembah kemelesetan.

Indeks sektor pembuatan ISM susut kepada 48.1 pada November daripada bacaan 48.3 yang direkodkan pada Oktober, jauh tersasar daripada unjuran pasaran yang menjangkakan peningkatan sebanyak 49.2. Penurunan ini didorong oleh pengurangan dalam pesanan dan pekerjaan baru.

Sementara itu dalam data yang berasingan, menunjukkan perbelanjaan pembinaan merosot 0.8% pada bulan Oktober disebabkan pelaburan dalam projek swasta turun ke paras terendah dalam tiga tahun.

Sebelum data tersebut diterbitkan, dolar USD telah melemah berikutan Presiden AS Donald Trump mengumumkan beliau akan memulihkan kembali tarif ke atas barangan import besi dan aluminium dari Brazil dan Argentina.

Kebimbangan pelabur terhadap ketidakpastian rundingan dagang AS dan China kini bertambah apabila lebih banyak pelaksanaan tarif yang dikenakan ke atas barangan import negara lain telah menimbulkan risiko tambahan terhadap prospek ekonomi global.

Susulan daripada kelemahan data sektor pembuatan AS ISM, dagangan euro melonjak berbanding dolar USD sebelum kembali diniagakan mendatar pada awal sesi Asia.

Selain itu, matawang pound menyusut selepas tinjauan pilihan raya terbaru yang menunjukkan kemungkinan terhadap berlakunya ‘hung parliament’ iaitu keadaan di mana tiada parti politik tertentu mempunyai majoriti di dalam parlimen.

Menurut keputusan oleh YouGov, ia menunjukkan Parti Konservatif masih mendahului majoriti, tetapi jurangnya dengan pembangkang Parti Buruh semakin rapat dengan perbezaan hanya 9 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat