Penyusutan USD Bakal Dorong AUD/USD Rekodkan Paras Ketinggian Terbaru Tahun 2020

786

Sentimen risk-on pasaran masih lagi mendorong matawang safe-haven terutama US dolar dan Yen bergerak lemah dalam pasaran sehingga ke dagangan penghujung minggu.

Penyusutan bagi matawang US dolar turut didorong oleh kebimbangan pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat untuk bulan Mei dengan jangkaan bacaan yang masih lemah.

Sementara matawang berisiko seperti dolar Australia masih meneruskan pengukuhan mengambil manfaat dari penyusutan dagangan US dolar walaupun data ekonomi Australia diterbitkan lemah pada minggu ini.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harga kekal mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru sepanjang minggu walaupun momentum kenaikan sejak minggu lalu mula pudar.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD memberi isyarat trend masih kekal bullish.

Pada sesi Asia pagi ini, harga membuat kenaikan setelah menguji paras 0.69300 menuju ke paras ketinggian terbaru pada awal sesi Eropah mencapai paras 0.70000.

Paras ketinggian tersebut merupakan zon resistance harga yang diuji pada dagangan awal Januari dan juga penghujung Disember 2019 lalu.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menuju ke resistance 0.70800 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 11 bulan.

Namun jika harga membuat penurunan semula, harga dilihat akan cuba melepasi paras 0.69300 dan juga sokongan dinamik MA50.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 0.68300.

Waspada terhadap pergerakan volatile harga terutama bagi pasangan matawang US dolar susulan laporan data pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan utama pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat