Pepsi Sah Guna Trak Elektrik Tesla Bermula Disember Ini

291

‘Lori penghantaran guna kuasa elektrik, berapa agaknya bill api bulan ni ya?’

Trak komersial semi elektrik ciptaan Tesla Inc sah menjadi pengangkutan rasmi kepada Pepsi Co bermula 1 Disember tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk dalam satu ciapan di laman Twitter peribadi beliau.

Musk dilihat menambah bebenang pada ciapan dengan mengatakan kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 500 batu atau 805 kilometer, selain menyatakan harga sebuah trak dijual pada $180,000.

Pada bebenang sama beliau menyambung bahawa di bawah program subsidi yang diluluskan Senat Amerika Syarikat (AS), terdapat pengecualian cukai sehingga $40,000.

Mencerap rekod, Musk memperlihatkan prototaip trak tersebut pada 2017 dan mengatakan pengeluaran akan bermula pada 2018.

Namun ekoran masalah bekalan yang menyebabkan penangguhan, trak tersebut gagal disiapkan dan Musk menyambung semula pengeluaran pada tahun berikutnya.

Dalam pada itu, Pepsi telah menjadi pelanggan pertama trak tersebut selepas menerima bantahan penyokong alam sekitar dan diminta mengurangkan penggunaan bahan bakar.

Rentetan itu, Pepsi telah menempah 100 trak komersial semi elektrik Tesla pada 2017 selepas CEO Ramon Laguarta mengatakan bahawa beliau komited untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dalam pengangkutan syarikat sebanyak 10%.

Antara firma lain yang berpotensi menjadi pelanggan trak Tesla tersebut adalah syarikat minuman Mountain Dew dan pengeluar makanan ringan Doritos.

setakat penulisan ini saham Tesla dilihat turun 1.11% pada $238.13 sementara Pepsi jatuh 1.93% pada $160.80.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat