Peralihan Joe Biden Dorong Pemain Pasaran Kaut Peluang! Ini Sentimen Terkini!

453

Matawang dolar Australia mengukuh ke paras tertinggi dua setengah bulan dan euro juga mengukuh pada hari Selasa berikutan Donald Trump akhirnya terpaksa akur dengan kemenangan Jeo Biden dalam pilihan raya. Trump telah membenarkan peralihan secara rasmi untuk pentadbiran Joe Biden mengambil alih White House.

Lapor BBC, Trump mengatakan beliau telah mengesyorkan Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA) untuk melakukan apa yang perlu dilakukan meskipun berjanji akan terus menentang keputusan undian pilihan raya. GSA turut mengakui Biden sebagai pemenang. Pentadbir GSA, Emily Murphy memaklumkan dana sebanyak AS$6.3 juta telah disediakan untuk pentadbiran Biden.

Laporan hari ini telah meningkatkan selera pemain pasaran untuk aset yang lebih berisiko. Selain itu, pasara saham dan harga minyak juga menunjukkan peningkatan disebabkan perkembangan vaksin Covid-19 yang mendorong pasaran lebih optimis terhadap kebangkitan ekonomi global.

Disamping itu terdapat jangkaan bahawa bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Janet Yellen akan dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan. Perkara ini akan membuka ruang kepada pentadbiran kerajaan untuk memacu pemulihan dalam ekonomi yang dilanda krisis pandemik Covid-19. dengan menambah rangsangan ekonomi.

Pakar stratergi Commerzbank berpendapat bahawa pelantikan Yellen boleh membawa kepada perkara yang positif kerana Yellen cenderung untuk menerapkan polisi yang bercorak konventional. Tambah penganalisis, mengenai pakej fiskal, Yellen seringkali didapati beliau akan cubah memenuhi permintaan dari the Fed.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat penyusutan sebanyak 0.10% kepada paras tukaran 92.388.

Sementara itu, dagangan euro catat pengukuhan sebanyak 0.21% kepada paras tukaran 1.186. Matawang pound pula mula catat penyusutan sedikit berikutan pasaran mengambil sikap berhati-hati kerana perkembangan mengenai rundingan perdagangan Brexit dan polisi kuarantin yang diterapkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat