Peralihan Tumpuan Perdebatan ECB Mempengaruhi Pergerakan Matawang Euro

501

Matawang Euro mengukuh pada hari Selasa sejak awal minggu ini apabila pasaran menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada sepatutnya .

Pair EUR/USD naik sebanyak 0.4% kepada paras 1.2339 pada hari Selasa.

Pada ketika ini, perdebatan pembuat dasar dalam kalangan ECB terarah pada isu, berapa banyak peratuskah kenaikan kadar faedah harus ditingkatakan? dan bagaimana mengatur perancangan pemberhentian pembelian bon selepas membeli 2.5 trillion euro dalam tempoh masa 3 tahun ini?

Pair GBP/USD naik sebanyak 0.01% kepada paras 1.4026. Pair ini juga telah mencapai harga tertinggi di paras 1.4088 pada hari Isnin sejak Februari 16 lalu.

Pengukuhan Euro dan Sterling membuatkan US dolar menyusut ke paras 89.87 berbanding enam matawang utama daripada paras tertinggi yang dikecapi pada 90.345.

Pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat the Fed pada hari Khamis nanti. Adakah the Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali dengan dorongan data yang positif pasaran buruh U.S? Pelabur menjangkakan kenaikan kadar faedah Fed akan meningkat dari 1.50% kepada 1.75%.

Walaubagaimanapun US dolar mengukuh berbanding yen sebanyak 0.22% kepada paras Y106.32.

Menurut penganalisis, pelabur mula mengalihkan pelaburan kepada pasaran yang lebih berisiko. Matawang yen merupakan matawang safe haven yang dapat menarik permintaan ketika berlaku pergolakan di pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat