Perancis & A.S Bersetuju Untuk Mempercepatkan Rundingan Cukai Digital?

211

Pada hari Khamis, Amerika Syarikat dan Perancis telah bersetuju mengenai bagaimana untuk meneruskan semula undang-undang cukai rentas sempadan bagi era digital sebagaimana menurut Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire.

Le Maire berkata bahawa beliau dan Setiausaha Perbendaharaan A.S, Steven Mnuchin telah mengetepikan pertikaian perdagangan dua hala mengenai cukai digital Perancis ke atas syarikat-syarikat teknologi besar bagi memberi tumpuan untuk mendapatkan perjanjian global yang lebih luas tahun ini, dimana ia akan merangkumi kadar cukai korporat yang minimum.

Kedua-duanya belah pihak telah melancarkan satu siri cadangan bertulis penulisan semula yang pertama mengenai peraturan cukai antarabangsa yang diamalkan sejak tahun 1920-an. Hal ini menyebabkan sebanyak 137 buah kerajaan akan melakukan perbincangan bermula minggu hadapan di Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Menurut Le Maire di Forum Ekonomi Dunia di resort Davos di Switzerland, “Kami telah berhubung pada pagi ini dengan Setiausaha Perbendaharaan AS dan Setiausaha Agung OECD, hasilnya saya dengan senang hati mengumumkan bahawa kami telah menemui tentang bagaimana menjalankan perjanjian antara Perancis dan Amerika Syarikat dan kini sedang  menumpukan pada penyediaan asas untuk gerak kerja percukaian digital.

Lanjut beliau, ini merupakan berita baik kerana ia akan mengurangkan risiko sekatan oleh Amerika Syarikat dan membuka lebih banyak prospek penyelesaian cukai digital peringkat antarabangsa.

Bagi, Setiausaha Agung OECD, Angel Gurria yang telah bertukus lumus dalam hal ini mengharapkan perjanjian ini dapat dicapai pada bulan Disember. Le Maire, Gurria berkata beliau berharap beliau memperolehi rangka kerja draf menjelang Julai ini dan dalam masa yang sama menegaskan kami tidak mempunyai Pelan B maka dengan itu ia perlu diselesaikan,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat