Perancis Berdepan Parlimen ‘Tergantung’, Pasaran Eropah Berisiko Tinggi!

166

Negara Perancis kini berdepan kemelut Parlimen tergantung dan kini mereka lakukan rundingan dalam usaha membentuk kerajaan campuran susulan keputusan mengejut pada pusingan kedua pengundian pilihan raya baru-baru ini.

Keputusannya adalah berlaku lonjakan sokongan terhadap gabungan parti New Popular Front (NFP) berhaluan kiri dengan menggagalkan National Rally (RN) yang merupakan gabungan sayap kanan di bawah pimpinan Marine Le Pen.

Walau bagaimanapun, kedudukan kerusi gagal mencapai majoriti bagi membentuk kerajaan dan kini politik Perancis menghadapi masalah yang lebih bercelaru berbanding sebelum pengundian.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri yang dipetik akhbar Le Monde, NFP membolot sebanyak 182 kerusi dan pakatan berhaluan tengah yang didukung Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula memenangi 168 kerusi.

Manakala, parti berhaluan paling kanan iaitu National Rally (RN) pimpinan Marine Le Pen bersama sekutunya pula meraih 143 kerusi.

Malah, konflik bertambah membimbangkan apabila Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal membuat keputusan mengejut meletakkan jawatannya di tengah-tengah ketidakstabilan politik sedang berlangsung.

Walau bagaimanapun, Presiden Macron menolak cadangan perletakan jawatan tersebut dan meminta beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu bagi memastikan kestabilan negara.

Menurut Menteri Kewangan, Le Maire berkata ketidakstabilan politik boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan menyebabkan penarikan pelaburan seterusnya mencetuskan krisis kewangan.

Sebelum ini, Macron membubarkan Parlimen Perancis dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas RN menguasai lebih 31 peratus undi pada pilihan raya Parlimen Eropah pada 9 Jun lalu dan menewaskan blok berhaluan tengah sokongan beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat