Perancis Lancar Pakej Rangsangan €100 Bilion Untuk Pemulihan Ekonomi

196

Pentadbiran Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan merancang untuk melancarkan pakej rangsangan baru yang bernilai kira-kira € 100 bilion sebagai langkah rangsangan untuk mengeluarkan ekonomi negara itu daripada kejatuhan yang disebabkan krisis pandemik Covid-19.

Langkah rangsangan yang juga dikenali sebagai ‘France Relaunch’ itu, merangkumi subsidi gaji, pemotongan cukai untuk perniagaan dan pemberian dana untuk projek-projek alam sekitar.

Rangsangan tersebut yang mewakili 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu, juga bermaksud bahawa Perancis bersedia untuk membelanjakan lebih perbelanjaan awam ke dalam ekonominya berbanding negara Eropah besar yang lain.

Dengan penguatkuasaan sehingga 2 tahun, rangsangan tersebut akan diperuntukkan untuk menjadikan ekonomi lebih kompetitif, menyokong pekerjaan dan ia juga akan disumbangkan kepada dasar tenaga yang mesra alam.

Presiden Emmanuel Macron dijangka akan mengumumkan rancangan tersebut secara rasmi pada hari ini.

Kerajaan Macron dikatakan menggunakan rancangan ini untuk mengembalikan ekonomi kedua terbesar di Zon Eropah itu ke tahap pra-krisis Covid19 menjelang tahun 2022 setelah ia dijangka akan mengalami kemerosotan lebih parah lagi.

Ekonomi Perancis telah menguncup sebanyak 13.8% pada suku kedua 2020 dan diunjurkan akan mengalami kejatuhan sehingga 11% dalam ekonomi secara keseluruhan pada tahun ini, di mana ia juga menandakan salah satu penguncupan paling ketara di Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat