Perancis Tidak Mengiktiraf Kemerdekaan Catalonia

50

Kerajaan Perancis menyatakan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf kemerdekaan Catalonia dan kemerdekaan Catalonia boleh mengakibatkan mereka terkeluar secara automatik daripada Kesatuan Eropah.

Menteri perhubungan Eropah, Nathalie Loiseau menyatakan ” jika Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan, ia bukan keputusan rasmi dan tidak akan diterima.”

Dalam hari yang sama juga, Carles Puigdemont, pemimpin Catalonia membuat kenyataan bahawa beliau akan membuat kenyataan rasmi berkenaan kemerdekaan di parlimen Catalan pada hari Selasa. Sebahagian ahli parlimen menjangkakan bahagian utara daerah yang mempunyai populasi 7.5 juta akan mengisytiharkan kemerdekaan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun terdapat pembuat dasar lain yang menyatakan tindakan ini hanyalah bersifat simbolik.

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy menegaskan bahawa Sepanyol tetap akan bersatu. Kami akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan hal ini, kata Rajoy kepada akhbar Jerman.

Kesan-kesan jika Catalonia keluar daripada Sepanyol

Kemerdekaan Catalonia boleh mengakibat 2 bank besar dan beberapa syarikat besar berpindah ke daerah lain. Selain itu, kemerdekaan Catalonia dapat memberi inspirasi dan menimbulkan peningkatan kumpulan penentang dan gerakan revolusi daerah-daerah lain untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Jika Catalonia merdeka, mereka harus menyakinkan kesatuan Eropah termasuk Sepanyol jika ingin kekal dalam kesatuan Eropah. Selain itu, ia juga akan tersingkir dari menjadi ahli World Trade Organization (WTO). Hal ini akan mengakibatkan Catalonia terpaksa berhadapan sekatan perdagangan dan dapat memberi tekanan kepada ekonomi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat