Perang Israel-Hamas Punca Harga Minyak Dunia Meruncing

263

Bank Dunia memberi amaran bahawa rekod harga minyak yang semakin naik akan kekal berterusan jika konflik timur tengah perang Israel-Hamas tidak mempunyai jalan penyelesaian.

Harga minyak boleh meningkat kepada $157 setong, sama seperti embargo minyak Arab 1973.

Penanda aras minyak global dipantau dengan minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.4% kepada $85.38 dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS sebanyak 0.3% ke paras $81.30.

Risiko geopolitik kekal dan dilihat mengimbangi beberapa tahap pengeluaran dari AS yang menyaksikan inventori minyak mentah meningkat sekitar 1.3 juta tong minggu lalu, manakala stok bahan api susut kira-kira 360,000 tong berdasarkan data American Petroleum Institute (API).

Pada September lalu, Eropah mencatatkan inflasi pada paras terendah dalam tempoh dua tahun iaitu 2.9% kepada 4.3%, menurut Eurostat.

Kini, peningkatan kes korban penduduk Gaza akibat perang Israel-Hamas semakin meningkat sebanyak 8,304 mangsa.

Setiausaha AS, Antony Blinken turut memberitahu bahawa AS dan negara lain sedang melihat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi di semenanjung Gaza jika Hamas tidak dapat dikawal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat