Perang Perdagangan Antara US Dan China Semakin Pudar?

483

Washington dan Beijng, kedua-duanya menyatakan kelegaan selepas kedua-dua buah negara ekonomi terbesar tersebut mengambil keputusun untuk mengundur daripada perang perdagangan dan bersetuju untuk menangguhkan rundingan bagi mendorong eksport US ke China.

Pada hujung minggu, kedua-dua belah pihak telah berunding tentang bagaimana China seharusnya mengimport tenaga dan komoditi pertanian daripada US supaya dapat mengurangkan jurang defisit perdagangan dengan China iaitu sebanyak $335 billion.

Bagi China, negara tersebut telah mendapat penangguhan daripada ancaman cukai sebanyak $50 billion terhadap eksportnya ke US dan penangguhan penarikan tindakan ke atas ZTE Corp.

US pula dilihat memenangi janji bahawa lebih banyak import daripada China, namun rincian tersebut belum dinyatakan.

Ancaman sekatan US keatas pelaburan China dalam negara US juga kelihatannya akan ditangguhkan buat sementara waktu. Kewangan US diberi mandat untuk melaporkan kemajuan kepada Presiden Donald Trump bagi perkembangan sekatan, namun rincian tersebut ditolak untuk dinyatakan.

Jabatan kewangan sedang mempertimbangkan penggunaan akta International Emergency Economic Powers bagi menghadkan pelaburan China dalam syarikat teknologi US.

Pakar ekonomi di Morgan Stanley, menjangkakan eksport pertanian, terutamanya daging dan tenaga yang kebanyakkan terdiri daripada gas asli akan menambahkan $60 billion sehingga $90 billion ke atas jualan kepada China. Namun ia jauh daripada permintaan Trump yang mengharapkan $200 billion pengurangan dariapda lebihan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat