Perang Senjata Api India-China Di Ladakh Berakhir Dengan Pendamaian

347

Dilaporkan pada Khamis menteri luar negeri India dan China telah mencapai kata sepakat untuk mengundur diri, mematuhi perjanjian dan protokol yang termaktub di sempadan China-India demi mengekalkan keamanan serta ketenangan sekitar kawasan sempadan.

Keputusan itu diambil selepas pertemuan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) antara Menteri Luar Negeri India, Subrahmanyam Jaishankar bersama Menteri Luar Negeri China, Wang Yi pada awal September.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menyimpulkan Confidence Building Measures yang baru dalam kadar segera, seiring dengan situasi di sempadan yang mereda.

Ketegangan dua negara ini bermula dengan pertembungan senjata api antara tentera India dan China di Ladakh, sempadan yang memisahkan antara China dan India pada Jun lalu.

Dilaporkan kejadian itu meragut 20 nyawa tentera India dan merupakan peperangan senjata api pertama sejak 1975.

Konflik antara India dan China sudah lama berlaku sejak peralihan kuasa di Tibet, menyebabkan tiada tanda perbatasan secara khusus di Himalaya.

Sebelum kejadian itu, wujud Line of Actual Control (LAC) yang ditubuhkan pada 1962 selepas peperangan antara India dan China, membahagikan kawasan tersebut kepada dua iaitu kawasan kawalan India dan China.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat