Perang US-China Yang Semakin Tegang, Adakah Para Pelabur Perlu Melabur Saham Apple Atau Jual?

957

Para pelabur Apple semakin dihimpit dengan kekhuatiran terhadap prospek jangka pendek syarikat tersebut berikutan pengenaan tarif dan kesan terhadap keuntungan Apple.

Sejak 12 bulan lepas, harga saham Apple adalah sangat volatile. Walaubagaimanpun, saham Apple tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak 6 bulan lepas. Para pelabur kebanyakkan masih optimis dengan pergerakan pasaran, namun sejak ketegangan perang dagang yang semakin memuncak, para pelabur Apple dan yang ingin melabur saham Apple telah mula khuatir terhadap pengenaan tarif yang dapat memberi impak terhadap keuntungan Apple.

Ditambah pula dengan isu terkini yang membabitkan syarikat gergasi China -Huawei, yang disenarai hitam oleh pentabiran Amerika Syarikat dimana ia dapat memberi kesan terhadap syarikat Apple. Rujuk disini

Hal ini mendatangkan tanda tanya, adakah pelabur Apple masih boleh menarik nafas lega?  Ini 2 fakta yang memberi perspektif berbeza untuk para pelabur Apple untuk membuat penilaian.

Pertama,memang tidak dinafikan jualan iPhone telah semakin perlahan. Pada sukuan lepas, jualan iPhone telah jatuh 17% berbanding tahun lepas. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas, pihak pengurusan Apple telah memplebagaikan portfolio mereka dengan melabur di platform perkhidmatan. Sejak itu, tumpuan banyak diberikan untuk mengaut keuntungan dalam platform perkhidmatan seperti Apple TV plus, langganan berita dan majalah dan Apple Arcade (game premium). Setakat ini perkhidmatan Apple telah meliputi 20% daripada keseluruhan Apple dan telah menunjukkan pertumbuhan 2 angka. Perkhidmatan yang disediakan ini tidak terlalu terdedah dengan pengenaan tarif.

Kedua, jumlah nilai pasaran Apple kini berjumlah $800-billion dan ini menunjukkan Apple memiliki model perniagaan yang mantap dan matang. Apple memiliki lembaran imbangan dengan tunai bersih melebihi $113 billion. Ini menunjukkan 14% daripada nilai pasaran Apple terdiri daripada tunai, dimana ia dapat membuatkan para pelabur Apple sedikit selamat.

Buat anda yang ingin mula melabur dalam saham Apple pada ketika ini, sebaik-baiknya menyemak beberapa fakta seperti diatas dan disuaikan dengan sentimen yang sedang berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat