Peraturan Baru Ini Bakal Beri Kesan Terhadap Industri Perkapalan dan Pasaran Minyak Dunia

450

Dianggarkan sekitar 10,000 kapal yang berlayar di lautan dunia dengan membakar lebih 3 juta tong bahan bakar sulfur setiap hari. Namun bermula tahun hadapan, industri perkapalan harus mematuhi peraturan baru yang bakal mengurangkan pencemaran bahan sulfur tersebut.

Steve Sawyer, pegawai analisis perunding tenaga di Facts Global Energy, memberitahu CNBC bahawa peraturan baru yang bakal diperkenalkan bakal melakarkan sejarah baru dengan perubahan besar ke atas pasaran minyak dunia.

Beliau menambah lagi ramai pihak yang bakal terkesan dengan situasi baru tersebut antaranya pengeluar minyak mentah, pedagang, pemilik kapal-kapal, pelabur, syarikat insurans, bank-bank dan ramai lagi.

Dengan tempoh kurang enam bulan lagi sebelum peraturan baru diperkenalkan itu, CNBC melihat kesan yang lebih luas akibat daripada perubahan yang akan datang.

Pada 1 Januari 2020, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) akan menguatkuaskan piawaian pelepasan yang baru, dirangka untuk mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh kapal-kapal dunia yang berlayar di lautan.

Dengan menjurus ke arah pasaran tenaga yang lebih bersih, IMO akan melarang pelayaran kapal yang menggunakan bahan bakar dengan kandungan sulfur yang lebih tinggi daripada kadar 0.5%, berbanding paras 3.5% pada masa ini.

Pada kebiasaannya, penggunaan bahan bakar di lautan dijangka hanya mengandungi sekitar 2.7% sahaja kandungan sulfur.

Penetapan garis panduan yang baru ini adalah susulan daripada cadangan  oleh sebuah jawatankuasa kecil di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih daripada satu dekad yang lalu lagi dan diterima pakai pada tahun 2016 oleh IMO PBB, dengan menetapkan peraturan keselamatan pelayaran, keamanan dan pencemaran.

Lebih daripada 170 buah negara termasuk Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian perubahan bahan bakar tersebut.

Bermula tahun 2020, sebarang kapal yang menyalahi peraturan baru yang diperkenalkan serta pelabuhan-pelabuhan negara yang bersubahat akan diawasi oleh kapal-kapal penguatkuasa.

 

Sumber: CNBC

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat