Perbincangan Hubungan Perdagangan AS-China Dijangka Akan Bertambah Rumit?

198

Laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg  berkenaan rundingan antara China dan Amerika Syarikat pada hari ini telah mengurangkan harapan para pemain pasaran bahawa rundingan akan berjalan dengan lancar.

Terdapat kemungkinan pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan berlaku. Perbincangan perdagangan antara perunding utama kedua-dua negara tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis ini.

Walaubagaimanapun, Bloomberg melaporkan bahawa pegawai-pegawai atasan China memberi isyarat bahawa mereka enggan untuk bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang diutarakan oleh pentadbiran Trump.

Naib Perdana Menteri, Liu He yang akan mengetuai kontinjen China dalam perbincangan perdagangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengusulkan tawaran yang tidak memasukkan komitmen untuk mereformasi dasar perindustrian China atau subsidi kerajaan keapda Washingotn.

Setakat ini belum diketahui tahap komitmen China dalan membuat konsesi sedimikian, akan tetapi laporan yang dikeluarkan itu memberi isyarat bahawa Beijing akan usulkan tawaran yang lebih sukar.

Pegawai-pegawai atasan Amerika Syarikat akan menyambut delegasi daripada China pada 10 Oktober ini bagi membincangkan hubungan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.

Menurut jurucakap Rumah Putih, Stephanie Grisham antara topik yang akan dibincangkan ialah tentang perpindahan teknologi, hak harta intelek, perkhidmatan, dan pertanian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat