Percaya Atau Tidak, Sotong Ni Buatkan Saham Korea Melonjak?!

317

Power betul impak squid game ni kan? – Razdaniel speaker INTRADAY.my yang bernombor 457 dalam drama permainan sotong.

Pasti anda masih ingat dengan drama keluaran Netflix dari Korea Selatan, Squid Game yang pernah menjadi satu sensasi pada tahun lepas.

Drama tersebut menjadi satu trend sehingga terdapat mata wang kriptonya sendiri yang dipanggil SQUID.

Fenomena drama Squid Game ini sangat berpengaruh sehingga ia turut membuatkan saham 2 syarikat media Korea Selatan melonjak mendadak.

Bucket Studio Co, agensi pelakon Lee Jung Jae yang membawa watak utama dan pemilik pegangan 15% saham drama tersebut melonjak dengan nilai pasarannya bertambah ₩ 200 billion Won atau RM706,296 juta.

Kemudiannya, Showbox, syarikat produksi filem yang pernah bekerjasama dengan syarikat produksi Squid Game, Siren Pictures walaupun tidak terlibat dalam drama TV tersebut telah menyaksikan sahamnya mencanak dengan lebih 50% dari 23 September 2021 sehingga 24 September 2021.

Menurut Douglas Kim, penganalisis dari Smartkarma, ia dijangkakan saham syarikat Korea Selatan yang berkaitan dengan produksi TV dan filem dijangka akan mendapat permintaan yang tinggi bagi beberapa tahun mendatang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga isu disebalik kejayaan Squid Game dimana ia membolehkan Netflix dikenakan denda sebanyak ₩ 50 juta Won atau RM176,590 ribu.

Nak tahu apakah isu yang membolehkan Netflix didenda? Nak tahu saham syarikat Korea Selatan mana yang akan naik bagi tahun mendatang? Teruskan menonton selanjutnya video di bawah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat