Perdagangan Amerika Syarikat Dengan China Berkurangan Pada Bulan Julai!

285

Dagangan barangan Amerika Syarikat dengan China terus jatuh pada bulan Julai walaupun terjejas dengan perang dagangan antara dua ekonomi terbesar.

Barangan eksport Amerika Syarikat ke negara-negara Asian jatuh 2.7% daripada bulan sebelumnya dan dalam masa yang sama import juga mengalami kejatuhan sebanyak 1.9%. Hal ini menunjukkan jurang dagangan antara kedua-dua buah negara mengecil kepada $29.6 billion. Dengan ini secara kesuluruahan, defisit perdagangan barangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat berkurang sedikit kepada $54 billion pada Julai 2019 daripada $55.5 bilion pada bulan sebelumnya.

China yang merupakan rakan dagang terbesar AS telah ketinggalan di belakang Mexico dan Kanada pada tahun 2019 disebabkan peningkatan tarif dan ketidakpastian isu perang dagang. Konflik perang dagang telah menyebabkan rantaian pengeluaran syarikat terhambat.

Disamping itu, matawang US dolar yang kukuh dan prospek ekonomi global yang semakin lemah terus menghambat permintaan terhadap eksport Amerika Syarikat. Ditengah penurunan dagangan AS dengan China, import dan Eksport barangan Amerika Syarikat dengan Kanada dan Mexico menunjukkan peningkatan.

Laporan terkini menjukkan bahawa rundingan perdagangan sedang berjalan dengan baik apabila kedua-dua belah pihak dikatakan bersetuju untuk selesaikan ia secepat mungkin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat