Perdagangan China Semakin Baik Pada Bulan Mei

45

Satu lagi negara yang mengeluarkan data imbangan perdagangan (trade balance) ialah China pukul 11.30 pagi tadi. China merekod lebihan dagangan yang semakin besar dengan peningkatan eksport yang melebihi jangkaan.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Lebihan dagangan China dalam nilai US dolar meningkat kepada $40.81 billion pada Mei dari $38.05 billion. Jangkaan penganalisis bagi data kali ini ialah jumlah lebihan meningkat sebanyak $47.5 billion.

Eksport meningkat 8.7% dalam masa 12 bulan sehingga Mei di mana nilai import melonjak 14.8% dari tahun ke tahun.

Eksport selama ini menjadi penggerak utama ekonomi China. Manakala import ke China telah menjadi nadi utama dalam rantaian nilai global di mana memberi faedah kepada pengeluar komoditi global.

Kini, Beijing mahu membuat transformasi kepada ekonomi mereka daripada pertumbuhan tradisional yang dipandu oleh eksport dan pelaburan. China juga adalah negara yang banyak menyumbang kepada dagangan global dengan US ketika ini mahu melindungi ekonomi mereka yang sedikit mengurangkan momentum perdagangan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat