Perdagangan New Zealand Semakin Baik Pada Jun

65

Lebihan dagangan (trade surplus) New Zealand meningkat lebih daripada yang di jangka berdasarkan laporan Imbangan Dagangan jam 6.45 pagi tadi.

Penganalisa pasaran meramalkan kenaikan imbangan dagangan kepada NZ$147 juta, namun Statistik New Zeland melaporkan kenaikan NZ$242 juta pada bulan Jun daripada NZ$74 juta bulan lepas.
Berdasarkan laporan di atas, Wellington telah berjaya mengekalkan lebihan dagangan empat kali sejak lima bulan lepas.

Dari segi suku tahunan, perdagangan New Zeland berkurang kepada $479 juta pada bulan Jun dan 3.5% adalah daripada eksport. Barangan eksport meningkat 9.9% kepada $13.5 billion jika di bandingkan dengan suku tahun pertama. Manakala barangan import pula meningkat 2.9% kepada $14 billion.

Menteri Perdagangan, Todd McClay mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Thailand dalam bidang pertanian untuk membantu dalam meningkatkan jumlah kemasukan produk tenusu ke dalam negara. Program ini turut menjadi pembantu kepada Thailand untuk meningkatkan pengeluaran produk tenusu mereka.

Menerusi lawatan Setiausaha Antarabangsa UK, Boris Johnson ke New Zeland minggu ini, beliau menjelaskan New Zeland adalah antara senarai utama yang menjadi tumpuan kepada perjanjian perdangangan mereka selepas Brexit.

Dalam Agenda Dagangan Wellington 2030 menyatakan, barangan Eksport New Zeland telah meningkat dua kali ganda di antara tahun 1995 hingga 2016 dan di jangka akan meningkatkan lagi banyak dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat