Perdagangan UK-EU Semakin Mengkhuatirkan! UK Sedia Untuk Berlepas Diri?

280

Pada hari ini, UK mengumumkan mandat perundingan bagi mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Eropah dan dalam sama menyatakan bahawa UK bersedia untuk tidak bersama dalam kesepakatan jika tiada sebarang kemajuan yang baik sehingga bulan Jun.

Selepas pengunduran UK daripada EU pada bulan lepas, UK telah menetapkan tempoh rundingan perdagangan dan perjanjian yang bermula daripada perikanan kepada pengangkutan hanya sehingga akhir tahun ini. Perjanjian perdagangan dan peraturan itu adalah bagi menggantikan perjanjian sebelum ini.

Jika pada bulan Jun tidak ada sebarang kemajuan yang diperlukan dibuat atas tuntutan UK terhadap perjanjian perdagangan bebas ataupun paling tidak terhadap rincian-rincian penting yang diaggap kurang kontroversi maka UK akan memilih untuk berundur diri daripada perbincangan dengan EU.

Menurut Michael Gove yang merupakan menteri kabinet telah menyatakan pada parlimen bahawa selepas tempoh akhir peralihan adalah pada 31 Disember, UK akan mendapat kemerdekaan dalam ekonomi dan politik. Lanjut beliau, UK memang mengingikan hubungan perdagangan yang terbaik dengan EU namun UK tidak akan menukarkan kedaulatan UK.

PM Johnson dikatakan akan memungkiri janji yang dipersetujui bersama EU pada Oktober lalu dengan menggantikan perjanjian pengeluaran Brexit dengan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat Britain untuk menetapkan peraturan mereka sendiri.

Ketika penerimaan mandat EU pada Selasa, menteri-menteri EU memberitahu bahawa mereka bersedia untuk menawarkan kerjasama yang besar dan progresif dan menuntut persaingan yang adil daripada UK.

Kedua-dua pihak mengatakan mereka mahu perjanjian itu dipersetujui sebelum tarikh akhir 31 Disember, 2020 supaya perdagangan dapat berjalan dengan lancar walaupun dengan beberapa pemeriksaan tambahan dan penyusunan peraturan diperlukan.

Dalam kenyataan terbaru Michel Barnier, EU dikatakan bersedia untuk menawarkan kepada UK akses keutamaan ke pasarannya jika ia dapat memberikan jaminan bagi persaingan yang adil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat