Perdana Menteri China – Jalinan Kerjasama Dengan A.S Dapat Mewujudkan Manfaat Bersama!

288

Rundingan yang diadakan pada minggu lepas telah membuahkan sedikit hasil apabila China dan Amerika Syarikat (AS) mencapai sedikit kemajuan dalam rundingan perdagangan.

Sepertimana menurut, Timbalan Menteri Luar China, Le Yucheng, ” semua masalah boleh diselesaikan selagi kedua-dua pihak menghormati antara satu sama lain.”

Kedua-dua negara sedang berusaha untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan, dengan AS mengumumkan rundingan ‘fasa pertama’ dengan China berhubung beberapa perkara perdagangan dan menggantung pelaksanaan kenaikan tarif berjadual bagi Oktober.

Perkembangan terkini, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa jalinan kerjasama antara China dan Amerika Syarikat dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak walaupun rundingan antara kedua-dua belah negara masih berlangsung.

Kata Li, “Saya percaya bahawa jalinan kerjasama antara China dan Amerika Syarikat dapat memberi manfaat bersama. Dengan kesaksamaan dan saling menghormati, kita dapat menangkap peluang yang terbuka dan tumpu kepada kepentingan bersama.”

Komen tersebut diutarakan beliau dalam mesyuarat bersama dengan setiuasaha Perbendaharaan A.S, Henry Paulson pada hari Rabu di Beijing.

Pasaran terus memberi tumpuan pada perkembangan perdagangan dan dalam masa yang sama dunia turut mahu China dan AS mengakhiri perang perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat