Perdana Menteri Terima Sumbangan Terbaru Bernilai RM4 Juta

798

Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan pada 11 Mac yang lalu sebagai usaha kerajaan meringankan situasi ekonomi yang meruncing kelihatan mendapat perhatian dari banyak pihak.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima bantuan berjumlah RM 4 juta, menjadikan keseluruhan jumlah bantuan yang diterima ialah RM22.6 juta.

Telekom Malaysia Bhd yang diwakili oleh pengerusinya, Rosli Man telah menyumbang sebanyak RM2 juta. Manakala RM2 juta lagi setiap satunya telah disumbangkan oleh Sunway Bhd yang diwakili oleh pengarah pengurusan Sunway Bhd Malaysia, Serena Cheah dan Ranhill Bhd diwakili oleh Datuk Seri Kamarudin Ambok.

Bantuan bagi kelengkapan perlindungan diri pula telah disumbang oleh Western Digital Sdn Bhd sebanyak RM2 juta dengan kehadiran Datuk Syed Hussain Aljunid sebagai wakil.

Menerusi pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman sosial Facebook beliau, bantuan yang diterima sudah mula diagihkan.

RM5.68 juta disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk keperluan harian. Manakala RM195, 000 diagihkan kepada 39 waris mangsa Covid-19 sebagai ‘Bayaran Ihsan Kematian’.

RM13, 400 turut disalurkan kepada mereka yang kehilangan sumber kewangan atau mereka yang tidak diberi gaji oleh para majikan sepanjang wabak. Ini menjadikan bantuan keseluruhan adalah sebanyak RM5.88 juta.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat