Perdebatan Fed Suntik Semangat USD

464

US dolar kembali stabil setelah dua pembuat dasar Federal Reserve (Fed) mengatakan bahawa tempoh inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat mungkin bertahan lebih lama dari dijangkakan.

Presiden Atlanta Fed, Raphael Bostic mengatakan, ketika pertumbuhan diramal meningkat 7% pada tahun ini dan inflasi di atas sasaran 2% Fed, beliau kini menjangkakan kadar faedah perlu dinaikkan pada akhir tahun 2022.

Bostic dan rakannya, Gabenor Fed Michelle Bowman memberitahu bahawa walaupun mereka setuju kenaikan inflasi baru-baru ini hanya sementara, tetapi mereka juga berpandangan bahawa ia mungkin akan memakan masa lebih lama untuk menurun.

Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan sedikit meningkat di sekitar harga 91.85 berbanding pesaing utama.

US dolar telah melonjak tinggi selepas Fed mengejutkan pasaran pada minggu lalu dengan mengatakan bahawa pembuat dasar meramalkan dua kenaikan kadar faedah pada tahun 2023.

Bagaimanapun, keterangan Powell pada Selasa membuatkan dagangan USD kembali perlahan setelah beliau mengatakan bahawa bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah hanya kerana bimbang dengan kenaikan inflasi.

Selain itu, pasaran juga diperlihatkan dengan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang bercampur, di mana aktiviti pembuatan dilaporkan meningkat pada bulan Jun, sementara perkhidmatan pula susut.

Sementara itu melihat pada matawang euro, walaupun bacaan data PMI dari Zon Eropah sangat memberangsangkan dengan kegiatan perniagaan melonjak ke tahap tertinggi 15 tahun, namun euro hanya mencatatkan kenaikan sederhana dan berakhir lebih rendah berbanding USD pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat