Pergerakan AUD/USD Bakal Dipacu Sentimen Perjanjian Dagang AS-China Minggu Ini

0 297

Dagangan bagi matawang dolar Australia pada awal minggu agak mendatar ekoran para pelabur sedang menantikan perkembangan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang akan ditandatangani pada Rabu.

Sentimen pasaran semakin dipulihkan apabila Amerika Syarikat dilaporkan telah menggugurkan status pemanipulasi matawang terhadap China yang dilabelkan sebelum ini selepas ketibaan wakil China di Washington.

Sementara dagangan US dolar diniagakan agak bercampur menjelang perjanjian perdagangan AS-China ditandatangani esok hari. Namun, laporan data pekerjaan NFP yang mengecewakan pada minggu lalu masih memberi kesan yang negatif terhadap matawang Amerika tersebut.

Data inflasi Amerika Syarikat pula akan menjadi tumpuan pada sesi New York malam nanti.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah menunjukkan corak penurunan sejak 2 minggu lalu sebelum harga kembali membuat kenaikan pada Jumaat lepas.

Dagangan semalam menunjukkan harga gagal melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar 0.69200 sebelum harga bergerak di paras lebih rendah.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga dilihat membuat sedikit penurunan dan melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) dan memberi isyarat awal berkemungkinan perubahan trend akan berlaku.

Jika harga terus bergerak turun ke paras lebih rendah, zon support di paras 0.68500 akan kembali diuji. Harga yang menguji support tersebut minggu lalu gagal menembusi ke paras lebih rendah.

Namun jika acara menandatangani perjanjian perdagangan AS-China pada esok hari berjalan lancar, sentimen positif pasaran akan mendorong kenaikan pada dagangan Aussie.

Harga bakal membuat kenaikan menembusi zon SBR dan paras 0.69300 sebelum menuju ke paras lebih tinggi di paras penting 0.70000.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji zon resistance pada ketinggian 0.70300.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Anda mungkin juga berminat