Pergerakan Dolar Aussie Terus Ditekan Oleh Minit Mesyuarat RBA

282

Dagangan dolar Australia mencatatkan penurunan ke paras terendah harian berbanding USD setelah minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) dikeluarkan dengan memberi isyarat bahawa ahli mesyuarat bersedia untuk pelonggaran polisi yang selanjutnya jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan pekerjaan.

Antara isu yang digariskan dalam mesyuarat kali ini adalah, ahli mesyuarat menyuarakan perbincangan mereka mengenai keadaan ekonomi global dengan menyatakan bahawa ketidakpastian yang semakin meningkat telah menjejaskan pelaburan perdagangan dan perniagaan antarabangsa.

Kesannya jelas dilihat terhadap pelbagai indikator ekonomi, termasuk permintaan eksport baru dan sektor pembuatan yang terkesan akibat ketegangan perdagangan antara AS dan China menyebabkan penguncupan dalam perdagangan dua hala antara dua negara tersebut yang mendorong kepada pengalihan beberapa aktiviti ke ekonomi lain.

Dengan menyatakan trend pengurangan kadar faedah di peringkat global, ahli mesyuarat bersedia untuk bertindak sedemikian selepas mengambil kira prospek pertumbuhan dan adalah wajar untuk menjangkakan lanjutan tempoh kadar faedah untuk berada di paras yang rendah.

Selain itu, ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai kemungkinan bahawa tindakan ini mungkin akan memberi kesan yang kurang berbanding pengurangan yang dilakukan sebelum ini dengan menggariskan penggunaan isi rumah tidak lagi bertindak balas terhadap pengurangan kadar faedah dan rebat cukai.

Indikator utama turut menunjukkan kelembapan pertumbuhan pekerjaan selain pertikaian perdagangan AS dan China terus menimbulkan penurunan risiko yang signifikan terhadap prospek ekonomi.

Faktor-faktor ini mungkin akan mendorong RBA untuk tidak membuat sebarang pemotongan kadar selanjutnya tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat