Pergerakan Emas Slow, Apa Yang Terjadi?

668

Harga emas didagangkan sedikit berubah pada Rabu ketika pelabur menahan diri dari mengambil risiko menjelang data inflasi AS dan mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan dagangan emas berlegar di sekitar harga $1,892 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,894 per auns.

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus lemah selepas jatuh ke tahap terendah lebih satu bulan susulan laporan pekerjaan NFP, sekali gus membantu pengukuhan dagangan emas.

Bagaimanapun, logam berharga itu bergerak dengan pergerakan yang terhad memandangkan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menantikan laporan indeks harga pengguna AS pada hari Khamis.

Data pekerjaan AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu, membuatkan pelabur lebih berwaspada dengan data inflasi yang bakal diterbitkan kerana ia akan menjadi petunjuk kepada Federal Reserve untuk menetapkan dasar.

Sementara ECB juga dijangka akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari yang sama, di mana para pelabur menjangkakan bank pusat akan kekal dengan dasar monetari yang sangat longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat