Pergerakan EUR/USD Berkecamuk Ketika NFP Diterbitkan!

148

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November yang diterbitkan di sesi New York pada Jumaat lalu telah mengundang reaksi bercampur dalam pasaran.

Us dolar pada mulanya mengukuh ketika laporan diterbitkan, namun kembali melemah semula pada penutupan sesi terakhir minggu tersebut.

Meneliti komponen data, purata pendapatan di AS meningkat mengatasi bulan Oktober manakala pertambahan pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding ramalan, namun tidak mengatasi bulan sebelumnya.

Sementara, kadar pengangguran AS pula kekal tinggi di paras 3.7% seperti yang dijangkakan.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD Jumaat lalu, harga yang berlegar di ketinggian 1.05400 kemudiannya menjunam 100 pips sebaik sahaja laporan NFP diterbitkan.

Namun setelah mencecah sekitar 1.04330 dan turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, harga melantun semula untuk menutup dagangan penghujung sesi di ketinggian 1.05400 semula.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga meneruskan kenaikan lebih tinggi di sesi Asia pagi ini (Isnin) untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dijangka akan menembusi 1.06000 sebelum sasaran seterusnya berkemungkinan menuju paras tumpuan pada 1.07000.

Sebaliknya, jika berlaku penurunan semula, zon RBS (resistance become support) 1.05000 akan diuji untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Seandainya harga susut lebih rendah, melepasi sokongan MA50 akan memberi isyarat untuk pergerakan bagi trend bearish.

Harga dijangka akan menuju ke paras tumpuan minggu sebelum ini seperti di paras 1.04000 atau lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat