Pergerakan EUR/USD Tenang Sebelum Badai NFP Bakal Melanda

378

Pelabur kini memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Disember yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini (Jumaat) untuk isyarat bagi Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah pengetatan dasar mereka.

US dolar bergerak mendatar sementara pelabur masih berwaspada terhadap terbitan laporan NFP tersebut.

Berkemungkinan pemain pasaran menjangkakan untuk angka bacaan data NFP diterbitkan baik selepas laporan pekerjaan ADP bagi sektor swasta yang diterbitkan pada Rabu lalu catat lonjakan pada angka bacaan.

Seperti yang diperhatikan pada pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga lebih mendatar berbanding kenaikan yang dipamerkan pada Rabu lalu.

Harga yang turut berlegar di paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga gagal memberi isyarat pergerakan yang lebih jelas menjelang laporan NFP.

Pergerakan harga bakal lebih agresif pada sesi New York sebentar lagi ekoran impak reaksi pelabur terhadap data tumpuan bank pusat tersebut.

Penurunan harga bakal menguji zon sokongan pada 1.12500 sebelum penurunan yang diteruskan akan menuju pula zon support utama 2021 iaitu pada 1.12000.

Namun jika laporan data mengecewakan dan membuatkan US dolar susut nilai, harga bakal melonjak ke paras lebih tinggi dengan jangkaan zon rintangan 1.14000 menjadi sasaran harga.

Kenaikan harga yang melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu dengan jangkaan paras 1.14500 bakal diuji.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat