Pergerakan GBP/USD Masih Didominasi Pengukuhan US Dolar

58

Matawang GBP  jatuh ke paras terendah hari ini berbanding Euro pada Selasa selepas data sektor pembinaan (UK PMI Construction) yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi meleset daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini. Data merekod bacaan 48.1 yang menunjukkan kejatuhan dalam aktiviti sektor pembinaan UK.

EUR/GBP naik sehingga 0.27% setakat pukul 5.39 petang kepada 0.8860.

Dengan data yang meleset hari ini, dilihat akan menambah lagi tekanan kepada matawang GBP selepas data pada Isnin juga merekod kemelesetan. GBP sememangnya tertekan pada Isnin dengan data PMI sektor pembuatan (UK PMI Manufacturing) yang meleset kepada 55.9 daripada jangkaan 56.3.

Matawang GBP juga kekal lemah berbanding dengan US dolar. GBP/USD jatuh hampir 40 pip selepas data sektor pembinaan UK ini dikeluarkan.

Antara penyebab kejatuhan GBP/USD sejak dari minggu lalu adalah faktor pengukuhan US dolar itu sendiri.  US dolar mengukuh ketika ini berikutan keyakinan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah The Fed di samping rancangan reformasi percukaian Trump.

Selain daripada faktor pengukuhan US dolar, kelemahan GBP/USD ketika ini juga datang daripada ketidaktentuan Brexit. Ahad lepas pasaran melihat tekanan terhadap Theresa May untuk meletakkan jawatan, khususnya daripada Boris Johnson, menteri luar UK.

Setakat ini belum ada komen yang lebih meyakinkan daripada bank pusat England tentang perancangan mereka dalam menaikkan kadar faedah. Minggu ini komen daripada bank pusat adalah pada Jumaat oleh Haldane dan McCafferty.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat