Pergerakan Harga AUD/USD Kekal Dalam Trend ‘Bearish’

374

Seperti yang dijangkakan oleh penganalisis, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD menutup dagangan semalam di paras terendah terbaru 2 minggu susulan penyusutan nilai matawang dolar Australia.

Antara faktor yang memberi tekanan terhadap dolar Aussie adalah sentimen pasaran yang masih kekal berisiko dan di samping tekanan dari China apabila bertindak menyekat import arang batu Australia.

Selain itu, Gabenor bank pusat Australia, Philip Lowe semalam telah memberi isyarat untuk menurunkan kadar faedah lebih rendah dan juga meningkatkan pelonggaran polisi untuk menyokong ekonomi yang perlahan.

Sementara itu, US dolar kekal mendominasi untuk mengatasi matawang-matawang utama dalam pasaran dengan kelebihan pada sentimen risk-off.

Pelabur sudah melihat penurunan ketara harga di awal sesi Asia pada carta AUD/USD yang memberi reaksi terhadap kenyataan dovish bank pusat.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi New York dengan penurunan harian dicatatkan lebih 100 pips mencecah paras 0.70560 sebelum menutup dagangan sedikit tinggi sekitar 0.70900.

Sesi Asia pada Jumaat masih melihatkan harga meneruskan penurunan namun pergerakan harga perlahan menguji kembali zon RBS (resistance become support) di bawah paras 0.70800.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju zon support pada 0.70000.

Namun jika kenaikan harga berlaku, paras halangan Moving Average 50 (MA50) akan memberikan isyarat perubahan trend bullish sekiranya harga berjaya menembusinya.

Kenaikan harga akan kembali semula menuju zon SBR (support become resistance) sehingga paras 0.71800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat