Pergerakan Matawang Berhati-hati, Tumpuan Terarah Pada Rundingan Dagangan

210

Ketidakpastian terhadap rundingan dagangan antara AS dan China menyelubungi pasaran dengan matawang dolar Amerika diniagakan berhati-hati di samping pelabur menunggu hasil rundingan yang akan diadakan di Washington.

Secara keseluruhan, USD mengukuh pada sesi dagangan di Asia tetapi bergerak pada jajaran kecil dengan peniaga memantau perkembangan berhubung rundingan perdagangan yang akan memacu sentimen pasaran.

China bersedia untuk menandatangani perjanjian merangkumi perkara-perkara tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak namun tidak akan membincangkan komitmen untuk mereformasi dasar perindustrian Cina atau subsidi kerajaan.

Sementara itu, dagangan kiwi melonjak apabila New Zealand mencatatkan lebihan fiskal terbesar sejak 2008 iaitu meningkat sebanyak $2 bilion kepada $7.5 bilion bagi tahun fiskal berakhir pada 2020, dengan hutang bersih kerajaan menurun kepada 19.2%.

Hasilnya, kerajaan berupaya untuk mengurangkan tekanan ke atas ekonomi negara kerana secara ringkasnya dasar fiskal dan dasar monetari dapat membantu Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengelak daripada jatuh ke dalam perangkap polisi kadar faedah sifar.

Pasangan EUR/USD berlegar-legar di sekitar angka 1.1000 dalam tiga hari berturut-turut namun tetap ditutup pada paras sekitar 1.0970. Data Jerman yang lemah menghalang minat spekulatif daripada membeli mata wang tersebut.

Selain itu, mata wang pound masih di bawah tekanan Brexit berikutan cadangan PM Johnson untuk menetapkan sempadan di pulau Ireland ditolak oleh Kesatuan Eropah (EU) dan UK kesuntukan masa untuk tampil dengan pelan cadangan baru menjelang Sidang Kemuncak EU pada 17 Oktober.

Sementara itu, beralih pula ke dagangan mata wang safe haven, yen susut berbanding dolar USD pada sesi tengahhari di AS dengan USD meraih keuntungan dengan meningkat ke tahap tertinggi hari ini di tengah-tengah ketidakpastian menyelubungi pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat