Pergerakan Matawang Dalam Pasaran, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Eropah

83

Forex

US dolar menyusut berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Eropah, namun matawang greenback tersebut masih lagi didukung oleh harapan terhadap reformasi cukai US.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.11% kepada 93.36 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Isnin setakat jam 03.35 p.m.

  • US dolar mula mengukuh pada hari ini berukutan apabila pihak Republik menyatakan keyakinan bahawa pelan pengurangan cukai US bakal diluluskan ke dalam undang-undang pada minggu ini.
  • Senat akan mula menjalankan undian seawal hari Selasa pada minggu ini.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.18% pada bacaan 1.1770. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.18% kepada 1.3346 setakat jam 03.35 p.m.

  • Matawang Euro mengukuh selepas Demokrat Sosial Jerman bersetuju untuk berunding mengenai parti gabungan dengan Angela Merkel,

AUD mencatat bacaan yang mengukuh sebanyak 0.30% kepada 0.7670 berbanding US dolar. NZD/USD menunjukkan bacaan pada 0.7027, mengukuh sebanyak 0.47% setakat jam 03.35 p.m.

Minyak

Harga minyak naik dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.68% kepada $57.73 setakat jam 03.35 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.74% kepada $63.70 setong setakat jam 03.35 p.m.

  • Faktor yang menyebabkan harga minyak naik ialah sentimen kerosakan saluran minyak Laut Utara yang masih berlanjut.
  • Selain itu, terdapat tanda-tanda bahawa pertumbuhan pengeluran minyak mentah US dijangka akan bertumbuh secara perlahan.

Emas

Harga emas mengalami peningkatan dalam sesi dagangan Eropah berikutan penyusutan matawang US dolar dan harapan terhadap kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat naik sebanyak 0.16% pada Isnin kepada $1,259.50 setakat jam 03.35 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat