Pergerakan Matawang Forex Sesi Eropah, Indeks Dolar Kekal Lemah

61

Dolar US menjunam ke paras 6 minggu terendah berbanding dengan Yen pada hari ini. Dolar melemah di sebabkan oleh keadaan geopolitik serta keraguan para pelabur tentang kenaikan kadar faedah kali ketiga Federal Reserve tahun ini.

Matawang USDJPY susut 0.05% kepada 110.21 pada pembukaan pasaran Eropah hari ini. Paras tersebut adalah yang terendah sejak 15 Jun lepas.

Penganalisis dari Tokyo-Mitsubishi UFJ Bank Singapore, Teppei Ino menyatakan, sekiranya data-data ekonomi US akan datang positif, dolar mampu kembali pulih dan menolak naik yen ke paras 111.50, kemudian paras 112 yen akan menjadi sasaran dalam masa yang terdekat. Namun, kecenderungan USDJPY masih menuju ke bawah.

Tambahan pula, politik Amerika masih tidak stabil selepas perletakan jawatan jurucakap White House, Anthony Scaramucci pada hari Isnin lalu yang hanya berkhidmat selama 10 hari bermula 21 Julai.

Indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, susut 2.9% pada bulan Julai lepas. Matawang US telah susut selama lima bulan berturut, paling lama sejak December 2010 ke April 2011.

Matawang Euro pula sedikit susut pada pembukaan pasaran Eropah sebanyak 0.19% kepada 1.1818 selepas di lihat naik sehingga $1.1846 pada pasaran Asia sebelum ini.

Australia merupakan salah satu pengeksport komiditi terbesar kepada China. Selepas data-data PMI yang positif dari China, matawang Australia menguat dan meningkat ke paras tertinggi $0.8043 semalam.

Namun begitu, AUDUSUD susut 0.09% pada pembukaan pasaran Eropah kepada 0.7997, selepas RBA mengekalkan kadar faedah 1.5% untuk bulan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat