Pergerakan Matawang, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Eropah

52

 

Forex

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.01% kepada 93.05 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 04.15 p.m.

Jumlah dagangan dijangka akan mengecil berikutan cuti Krismas.

US dolar meningkat sedikit selepas Senat US meluluskan undang-undang cukai tersebut. Kini hanya menanti undian daripada the House.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.05% pada bacaan 1.1845. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.02% kepada 1.3389 setakat jam 04.15 p.m.

Minyak

Harga minyak naik dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.43% kepada $57.81 setakat jam 04.15 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.36% kepada $64.03 setong setakat jam 04.15 p.m.

Penigkatan harga minyak masih lagi didorong oleh kerosakan saluran minyak Laut Utara Forties dan jangkaan bahawa inventori minyak mentah US akan jatuh.

Emas

Harga emas meneruskan peningkatan dalam sesi dagangan Eropah berikutan keredaan sikap optimis pelabur terhadap kemajuan reformasi cukai.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.21% pada hari Rabu kepada $1,266.80 setakat jam 04.15 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat