Pergerakan Matawang Terhad, Fokus Kini Beralih Kepada Mesyuarat ECB

272

Pergerakan pasaran matawang pada sesi Asia kekal terhad dengan ketiadaan data makroekonomi yang relevan dan ketidakpastian terhadap Brexit masih berterusan di samping tumpuan turut terarah kepada mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini.

Pergerakan euro stabil dengan pelabur menunggu data pengeluaran serta perkhidmatan zon Eropah yang dijadualkan dikeluarkan pada petang ini dan turut memfokuskan kepada hasil mesyuarat ECB malam ini.

Sementara itu, pound diniagakan mendatar berbanding dolar Amerika dengan drama Brexit memasuki episod baru iaitu Johnson yang mengancam untuk mengadakan pilihan raya selepas cadangan jadualnya ditolak oleh parlimen.

Tumpuan juga turut terarah kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk membuat keputusan terhadap pelanjutan Brexit sementara pasaran menjangkakan EU27 akan menunaikan permohonan terhadap pelanjutan selama tiga bulan.

Selain itu, kenyataan positif daripada pemimpin AS dan China awal minggu ini mengenai perkembangan rundingan perdagangan yang berjalan dengan lancar telah menyokong pergerakan matawang yang terdedah kepada isu perdagangan.

Pasaran turut menjangkakan terhadap kemungkinan satu lagi pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada mesyuarat hujung bulan ini memandangkan timbul kebimbangan terhadap kesihatan ekonomi AS apabila melihat kepada beberapa data yang lemah terutama dalam sektor pembuatan.

Dolar Amerika stabil di dagangan sesi Asia dengan meningkat sedikit berbanding dolar Aussie dan New Zealand manakala berbanding euro dan yen pula, USD mencatatkan sedikit kemerosotan.

Di samping itu, bank pusat jepun (BOJ) dilaporkan akan menurunkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi untuk tahun ini. BOJ dijadualkan akan bertemu menjelang akhir bulan ini dengan pasaran meramalkan kemungkinan pengurangan kadar faedah akan dilakukan. Matawang yen terus menjadi pilihan selamat kepada pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat