Pergerakan Mendatar AUD/USD Ragukan Pelabur Untuk Harga Teruskan Penurunan

841

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mendatar pada Khamis selepas harga menunjukkan penurunan pada hari sebelumnya.

Sentimen pasaran yang masih kekal berisiko akan terus memberi tekanan buat dagangan dolar Aussie berbanding matawang US dolar yang mendapat kelebihan dengan peningkatan permintaan aset safe-haven.

Turut menambah tekanan buat Aussie berikutan laporan peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Australia. Namun, Perdana Menteri Scott Morrison menyifatkan peningkatan kes tersebut dalam keadaan terkawal.

Namun harga pada carta AUD/USD  gagal membuat penurunan lebih rendah semalam dan tidak berjaya lepasi paras 0.68500 dengan harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di penghujung sesi New York.

Harga yang menyambung dagangan pada Jumaat masih berlegar di sekitar paras halangan tersebut dari sesi Asia sehingga ke sesi Eropah.

Jika kenaikan harga berlaku, paras ketinggian mingguan pada resistance 0.69700 akan menjadi tumpuan yang turut diuji pada dagangan minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju paras tumpuan pada 0.70000 dan jika kenaikan diteruskan dijangka akan menuju pula ke para ketinggian sekitar 0.70800.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan, zon support pada 0.68000 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras 0.66800.

Data perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat untuk bulan April akan menjadi tumpuan pada sesi New York sebentar lagi dan bakal mempengaruhi dagangan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat