Pergerakan Mendatar GOLD Buat Pelabur Resah

1,441

Harga emas bergerak perlahan menuju penghujung minggu dagangan dengan pergerakan mendatar dilihat pada carta XAU/USD.

Selepas harga menjunam di awal minggu sehingga mencecah paras sokongan 1850.00, pergerakan harga mendatar di atas paras tersebut namun kekal di bawah paras harga 1900.00.

Pelabur kembali berhati-hati berikutan peningkatan kes jangkitan Coronavirus yang memudarkan semula sentimen positif laporan vaksin di awal minggu.

Harga bergerak perlahan di atas paras 1875.00 pada dagangan yang bersambung hari ini sejak sesi New York semalam.

US dolar yang mempengaruhi dagangan emas juga dilihat tercari-cari arah yang jelas dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pergerakan harga dijangka akan terus perlahan sehingga pelabur mendapatkan isyarat yang lebih jelas khususnya perkembangan ujian vaksin.

Menilai carta harga XAU/USD, sekiranya harga membuat kenaikan, paras 1900.00 akan menjadi tumpuan utama harga yang menjadi paras rintangan semasa.

Melepasi paras tersebut akan mendorong harga meneruskan kenaikan lebih tinggi ke zon-zon tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1910.00 dan juga 1938.00.

Namun jika harga terus menjunam lebih rendah seperti yang berlaku di awal minggu, paras sokongan 1850.00 berkemungkinan tidak mampu menampung harga untuk jatuh lebih rendah.

Penurunan lebih lanjut dijangkakan akan kembali semula ke paras tumpuan 1800.00 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat