Pergerakan Pasaran: Ini 2 Faktor Yang Mempengaruhi U.S Dolar!

507

Pergerakan US dolar sedikit terganggu pada hari Rabu kerana tinjauan pembelian pengurus dari Britain dan Eropah adalah lebih baik dari jangkaan. Keputusan ini sedikit sebanyak telah meredakan kebimbangan mengenai gelombang ketiga Covid-19 di Eropah, kenaikan hasil cukai Amerika Syarikat (A.S) dan ketegangan antara negara Barat dan China.

Aktiviti perniagaan zon Eropah tanpa dijangka catat peningkatan pada bulan ini berdasarkan tinjauan awal. Walaupun begitu, sebahagian besar negara Eropah sedang berhadapan gelombang jangkitan Covid-19 ketiga dan langkah ‘lockdown’ mungkin akan diperketatkan.

Di Eropah, aktiviti perkilangan di Jerman melonjak lebih tinggi, disokong oleh kenaikan output dan peningkatan penjualan ke Asia (terutamanya China), Eropah dan Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, kegiatan perniagaan dan pembuatan Perancis dilihat lebih kuat daripada yang dijangkakan pada bulan Mac.

PMI komposit kilat IHS Markit, yang dilihat sebagai panduan yang baik untuk kesihatan ekonomi, naik di atas paras 50 dengan catat bacaan 52.5 pada bulan Mac. Walaubagaimanapun, matawang Euro kembali susut selepas naik sikit kepada harga 1.1820. Pengerakan matawang euro dihambat oleh kekhuatiran penularan Covid-19.Matawang pound juga menerima nasib yang sama.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.24% kepada paras tukaran 92.567 setakat jam 10.15 p.m. Penganalisis berpendapat keuntungan US dolar pada ketika ini disokong oleh pertumbuhan A.S dan vaksinasi negara.

Janet Yellen dan Ketua the Fed Jerome Powell dijadualkan akan memberi keterangan kepada Panel Perbankan Senat pada lewat malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat