Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Isnin

473

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh berbanding matawang yen pada hari Isnin didorong oleh pertumbuhan data pekerjaan U.S melebihi jangkaan pada bulan Februari.

Data pekerjaan U.S mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan namun ia terbatas berikutan pertumbuhan yang perlahan dalam kadar upah pekerja. Hal ini menyebabkan sebahagian pemain pasaran masih lagi mengekalkan ramalan mereka bahawa the Fed akan meningkatkan kadar faedah 3x  pada tahun ini.

Matawang US dolar mengukuh pada awal pagi ini sebelum mencatat penyusutan pada jam 10.35 pagi. USD/JPY menyusut sebanyak 0.19% kepada 106.59.

Penyusutan ini adalah disebabkan pelabur lebih memilih matawang yang mempunyai risiko lebih rendah iaitu yen disebabkan sentimen US dolar yang semakin pudar dan terdapat ketidakpastian tentang polisi perdagangan U.S.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.07% kepada 1.2317.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan susut sebanyak 0.11% kepada 90.01 setakat jam 10.35 pagi.

Pasaran Komoditi

Pasaran minyak mula menunjukkan pengukuhan pada hari Isnin berikutan kejatuhan aktiviti penggalian minyak U.S dan pengukuhan data pekerjaan U.S. Industri mengharapkan ia dapat menjana permintaan.

Harga minyak WTI naik kepada $62.19 setong dan Brent naik kepada $65.67 setong setakat jam 10.35 pagi.

Menurut penganalisis kejatuhan aktiviti penggalian dan data pekerjaan yang kukuh dapat mendorong peningkatan harga.

Harga emas kekal stabil pada harga 1,324.00 USD setakat jam 10.35 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat