Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Jumaat

673

Pasaran Matawang

US dolar menyusut daripada paras tertinggi 6 minggu lalu pada hari Jumaat berikutan pengumuman presiden Donald Trump untuk mengenakan cukai tarif import keatas barangan keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat (AS).

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan susut sebanyak 0.03% kepada 90.19 setakat jam 09.50 pagi.

Dalam masa semalaman indeks US dolar jatuh sebanyak 0.4% selepas mencapai paras tertinggi Januari 19 lalu.

Laporan mengatakan Trump akan mengumumkan tariff terhadap import keluli dan aluminium masing-masing sebanyak 25% dan 10%. Dalam konteks ini, import terhadap dua jenis keluli itu dikenakan cukai di mana akan menambah pendapatan kerajaan Amerika Syarikat.

Matawang USD menyusut berbanding matawang yen kepada 106.10. AUD/USD didagangkan kukuh sebanyak 0.15% kepada 0.7766. Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.06% kepada 1.2271 setakat jam 09.50 pagi.

Tumpuan di zon Eropah kini adalah pada pilihanraya negara Itali yang akan berlangsung pada hari Ahad nanti dan sejauh mana agenda ini dapat memberi kesan kepada kesatuan Eropah.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah telah mengalami kejatuhan 3 hari berturut-turut namun pada hari Jumaat, harga telah mula membuat lonjakan berikutan harapan terhadap ‘oil glut‘ dunia agar segera berakhir.

Harga minyak WTI naik kepada $61.12 setong dan Brent jatuh kepada $64.01 setong setakat jam 09.50 a.m.

Harga emas melonjak naik pada hari ini sebanyak 0.96% kepada 1317.70 berikutan kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat