Pergerakan Pasaran Matawang Forex Menjelang London Open

90

US dolar sedikit mengukuh dari paras terendah sembilan bulan lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada Isnin, tetapi masih goyah berikutan isyarat ‘hawkish‘ dari bank pusat di Eropah yang terus menyokong euro dan sterling.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang US dolar berbanding beberapa matawang utama yang lain naik 0.14% setakat pukul 1.15 tengah hari pada Isnin. Indeks ini berada di sekitar 95.52 naik dari paras terendah sembilan bulan 95.47 yang dicapai Jumaat lalu.

US dolar tertekan minggu lalu selepas komen dari Gabenor bank pusat Bank of England dan Presiden ECB yang menunjukkan isyarat pengetatan polisi di masa akan datang. Selain itu, pihak Bank of Canada juga memberikan komen yang hawkish terhadap polisi monetari beberapa bulan akan datang.

US dolar setakat ini menambah  hampir 50 pip berbanding Yen sejak pembukaan pasaran Asia pagi tadi, naik dari paras terendah 112.09.

Kejatuhan Usd/Jpy pagi tadi adalah berikutan perkembangan politik di Jepun kerana kekalahan bersejarah parti politik Shinzo Abe di Tokyo.

“Pilihanraya Tokyo tidak akan memberi impak yang kuat kepada pasaran, bagi saya, kerana tiada parti pembangkang yang boleh menggantikan parti pemerintah dalam masa singkat,” kata Yukio Ishizuki, ketua strategi matawang di Daiwa Securities.

“Pasaran matawang lebih fokus kepada perubahan polisi minggu lalu terutamanya di Eropah. BoE dan BoC kini juga mahu mengetatkan polisi yang mana adalah mengejutkan.”

Walaupun The Fed kini dalam kitaran pengetatan, tetapi pasaran kurang yakin bahawa bank pusat boleh menaikkan kadar sekali lagi tahun ini berikutan data-data ekonomi terbaru yang mengecewakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat