Pergerakan Pasaran Matawang, Komoditi Dan Ekuiti Pada Hari Isnin

636

Pasaran Matawang

US dolar menyusut dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin berbanding matawang utama lain.

  •  Hal ini disebabkan keyakinan terhadap US dolar semakin terjejas berikutan beberapa faktor seperti kerisauan terhada peningkatan defisit US yang semakin besar.

Matawang Euro dan Pound didagangkan kukuh berbanding US dolar.

  • Tumpuan diberikan pada beberapa data penting yang akan dikeluarkan pada hari Rabu ini dan hari Jumaat.

Matawang Australia juga didagangkan kukuh berbanding US dolar.

Pergerakan pasaran matawang adalah setakat jam 10.30 a.m hari Isnin.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah US dan Brent masing-masing mengalami peningkatan pada hari Isnin.

  • Hal ini disebabkan kejatuhan matawang US dolar ke paras terendah 3 tahun pada hari Jumaat.
  • Bilangan loji minyak mentah US naik sebanyak 7 unit kepada 798 unit. Paras tertinggi sejak April 2015.

Harga emas mengalami kejatuhan sedikit dalam sesi dagangan Asia berikutan cuti dalam pasaran China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, US dan Kanada pada hari Isnin.

  • Walaubagaimanapun kejatuhan harga emas terbatas berikutan penyusutan US dolar.

Pergerakan pasaran komoditi adalah setakat jam 10.30 a.m hari Isnin.

Pasaran Ekuiti Dan Saham

Majoriti saham Asia dibuka kukuh didorong oleh penutupan yang tinggi dalam pasaran Wall Street.

  • Bursa Jepun dan Korea Selatan mencatat peningkatan.
  • Indeks Dow Jones dan S&P 500 ditutup kukuh sedikit, manakala indeks Nasdaq ditutup lemah semalaman.
  • Para pelabur sudah bersiap sedia untuk menghadapi fasa lonjakan yang tinggi. Namun hal ini memerlukan sentimen yang dapat menggerakkan pasaran seperti peningkatan kadar faedah oleh The Fed.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas Tahun Baharu Cina didorong oleh engukuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diumumkan minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat