Pergerakan Pasaran Matawang, Komoditi, Ekuiti Dan Crypto Pada Hari Selasa

512

 

Pergerakan pasaran setakat jam 10.30 pagi hari Selasa 20/02/2018.

Pasaran Matawang

US dolar sudah mula mengukuh pada hari Selasa, naik daripada paras terendah 3 tahun lalu.

Penyusutan US dolar baru-baru ini adalah berikutan kerisauan terhadap bajet defisit yang semakin tinggi.

Matawang Euro pula mula menyusut berbanding US dolar. Penyusutan daripada paras tertinggi yang dikecapi semalam.

Pasaran menjangkakan ECB akan mengurangkan rangsangan pada masa akan datang.

Matawang GBP, AUD, Yen masing-masing mengalami penyusutan berbanding US dolar.

Pasaran Komoditi

Harga minyak hari Selasa dibuka bercampur apabila minyak mentah menunjukkan peningkatan dan minyak brent mengalami kejatuhan harga.

Faktor yang menyebabkan hal ini adalah pengurangan minyak dari Kanada dan harga minyak brent global yang semakin berkurangan.

Harga minyak mentah berada pada paras harga $62.08 setong, manakala harga minyak brent pada paras harga $65.27.

Harga emas mengalami penyusutan berikutan pengukuhan US dolar. Kini harga emas berada pada paras harga $1,344.60.

Pasaran Saham

Bursa saham Asia mengalami kemerosotan pada hari ini berikutan kejatuhan saham Eropah pada penutupan sesi dagangan.

Indeks Nikkei,Jepun mengalami kejatuhan terbesar berbanding  bursa saham-saham lain di Asia iaitu hampir 1%. Saham-saham kewangan, pembuatan dan tenaga mengalami kejatuhan.

Saham Korea Selatan juga dibuka lemah iaitu sebanyak 0.36%. Pasaran China, Taiwan dan Vietnam masih lagi cuti,  pasaran masih lagi ditutup.

Di Malaysia pula, bursa saham dibuka bercampur berikutan prestasi yang tidak memberangsangkan di bursa-bursa Asia yang lain.

Pasaran Crypto

Harga bitcoin naik sebanyak 8.17% dan kini berada paras harga $11,552.50. Ethereum juga mencatat peningkatan sebanyak 2.10% dan kini berada paras harga $952.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat