Pergerakan Pasaran Perlahan, Data Jualan Runcit Kanada Jadi Tumpuan Pelabur

500

Pergerakan pasaran perlahan menjelang penghujung dagangan minggu ini dengan pelabur masih meneliti faktor-faktor yang terus menekan matawang dolar Amerika Syarikat.

Kesemua faktor-faktor yang disemak dilihat menjurus ke arah penurunan dagangan USD di samping Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri turut mahukan nilai matawang dolar kekal rendah bertujuan untuk kepentingan perdagangan.

Penganalisis juga berpendapat pentadbiran Amerika Syarikat berkemungkinan akan turut campur tangan secara terus dalam pasaran untuk kembali mengawal ketidakseimbangan nilai matawang Amerika Syarikat tersebut.

Sebelum ini Trump mengecam bank pusat Federal Reserve dengan tindakan menaikkan kadar faedah kerana dikhuatiri menjejaskan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. Dengan jangkaan penurunan kadar buat masa sekarang, adalah menepati apa yang dimahukan oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Kadar tukaran dolar Amerika yang rendah akan menyokong perniagaan Amerika Syarikat bersaing secara global dengan mengurangkan nilai kadar eksport, melonjakkan kembali ekonomi dan berupaya untuk memberi sokongan terhadap Trump pada pilihan raya semula pada tahun 2020 nanti.

Perkembangan bagi matawang Eropah, dolar Euro diniagakan perlahan pada penghujung minggu ini dengan catatan data indeks harga pengeluar di Jerman yang dikeluarkan hari ini turut mencatatkan bacaan yang lemah.

Dagangan Euro terkesan sejak semalam ekoran laporan bank pusat Eropah bakal mengubah polisi monetari semasa dan juga mengkaji semula sasaran inflasi yang terbaru.

Data PMI perkilangan dan perkhidmatan di zon Eropah akan menjadi tumpuan pasaran pada minggu hadapan diikuti penetapan kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis.

Matawang komoditi turut didagangkan perlahan sepanjang hari setelah melonjak pada dagangan semalam susulan penurunan pada nilai matawang dolar USD.

Dolar Kanada akan memberi reaksi terhadap data jualan runcit Kanada yang akan dikeluarkan pada malam nanti. Pasaran menjangkakan bakal ada peningkatan pada angka bacaan didorong oleh kenaikan pada harga borong sebelum ini.

Kekal mengikuti perkembangan isu-isu semasa bagi membantu anda memantau pergerakan harga dan reaksi matawang utama dalam pasaran kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat