Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

102

Forex

Matawang yen mengukuh berbanding US dolar dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

US dolar mencatat bacaan 113.45 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan penyusutan sebanyak 0.10% . AUD pula mencatat penyusutan sebanyak 0.07% kepada 0.7547 berbanding US dolar. Matawang NZD mencatat pengukuhan sebanyak 0.09% kepada 0.6823 setakat jam 10.15 a.m.

Penyusutan AUD didorong oleh beberapa faktor berikut.

  • Kelemahan data perumahan dan bacaan sentimen bacaan yang lemah daripada NAB.
  • Australia mencatat kejatuhan dalam indeks harga perumahan sebanyak 0.2% pada suku tahun ketiga berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 0.6%.
  • Indeks keyakinan perniagaan pula mencatat pada bacaan 6, jatuh daripada bacaan 8. Manakala soal selidik perniagaan mencatat bacaan 12, jatuh dariapada 21 pada bulan November.

 

  • Pengukuhan Yen didorong oleh peningkatan harga pengeluaran melebihi jangkaan iaitu 0.4% pada bulan November dan 3.5% setahun.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam kekal stabil pada 93.94 dalam sesi dagangan Asia pada Selasa setakat jam 10.15 a.m.

Minyak

Harga minyak hampir mencapai paras tertinggi 2015 pada hari Selasa.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.26% kepada $58.14 setakat jam 10.15 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.46% kepada $65.02 setong setakat jam 10.15 a.m.

  • Peningkatan harga minyak didorong oleh penutupan saluran minyak laut utara berikutan keretakan yang berlaku pada saluran tersebut.
  • Saluran minyak UK mengeluarkan 450,000 tong setiap hari dan kini ditutup pada hari Isnin untuk dibaiki.

Emas

Harga emas terus menunjukkaan kejatuhan dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa berikutan tumpuan pada minit mesyuarat FOMC.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.09% pada Selasa kepada $1,245.90 setakat jam 10.15 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat