Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah
Forex
Matawang dolar Australia dan matawang New Zealand mencatat penyusutan berbanding US dolar pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.
AUD mencatat penyustan sebanyak 0.46% kepada 0.7579 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat penyusutan sebanyak 0.65% kepada 0.6838 setakat jam 04.25 p.m.
- Penyusutan AUD didorong oleh faktor data imbangan dagangan yang lemah.
- Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Statistik (ABS) lebihan imbangan dagangan Australian mengecil kepada AUD 105 juta pada bulan Oktober daripada bulan September yang mencatat lebihan AUD 1604 juta.
- Selain itu, yang mendorong penyusutan AUD adalah pengukuhan US dolar.
- US dolar kembali mengukuh selepas Senat Republik bersetuju untuk membuat rundingan dengan perwakilan Rumah berkenaan reformasi cukai.
- US dolar juga mengukuh berikutan data peluang pekerjaan sektor swasta bertambah 190,000 pekerjaan pada bulan November.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebanyak 0.06% kepada 93.56 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis setakat jam 04.25 p.m.
Minyak
Harga minyak naik pada hari Khamis selepas mengalami kejatuhan berturut-turut.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.11% kepada $56.02 setakat jam 04.25 p.m.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.31% kepada $61.41 setong setakat jam 04.25 p.m.
- Faktor peningkatan harga minyak ini masih didorong oleh sentimen sesi dagangan Asia.
- Peningkatan harga minyak didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah US, namun inventori minyak gasoline dan produk minyak mentah meningkat.
- Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 5.6 juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember kepada 448.1 juta tong.
- Inventori minyak gasoline naik 6.8 juta tong kepada 220.9 juta tong.
Emas
Harga emas jatuh ke paras terendah 4 bulan lalu pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah berikutan tumpuan pasaran pada kemajuan terhadap reformasi cukai dan sentimen pengguran undang-undang cukai tersebut yang semakin mereda.
Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.49% pada Khamis kepada $1,259.90 setakat jam 04.25 p.m.